CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Apa salah Ina ?

Ina seorang gadis yang sederhana , sempurna sifatnya , dilahirkan dalam keluarga yang sederhana besar. Sejak kecil Ina memang diberikan yang terbaik, bukan sahaja dalam pakaian , pemakanan malahan juga pembelajaran. Dididik supaya terus maju dan menjadi pelajar contoh , bagi Ina dia dididik supaya "never say never". Segala arahan akan Ina ikut walaupun berat , siapa Ina untuk melawan. Hanya seorang gadis , anak dan juga seorang kakak yang akan dijadikan contoh untuk yang lain.

Kerana terlalu menurut Ina mengabaikan kesihatan dirinya , bermula dari darjah 1 hingga darjah 6 bapanya sering memberikan kata-kata perangsang untuk Ina terus cemerlang. Berkat doa dan usaha Ina cemerlang dalam UPSR dan menjadi pelajar cemerlang disekolah. Nasib Ina mungkin baik kerana selepas itu dia mendapat peluang untuk menyambung pelajaran di sekolah yang terkenal di ibu kota. Seperti biasa , Ina harus belajar bersungguh-sungguh demi membuat ibu dan bapanya tersenyum bangga. Setelah tiga tahun di sekolah itu dan menamatkan peperiksaan PMR , dia berpindah ke sekolah diluar kota. Hati Ina memberontak kerana ibu bapanya seakan mengongkong walaupun berjauhan. Apa yang Ina buat , bila Ina bangun , bila mahu ulangkaji dan sebagainya akan ditentukan oleh ibu bapanya.

Seperti masa lalu , Ina hanya tahu mengangguk kepala dan berkata "baik" walaupun hatinya berat. Dia tidak tahu bagaimana cara untuk meluahkan rasa yang hatinya inginkan dia menentukan hidupnya sendiri. Tidak kira waktu , bapanya akan menelefon untuk bertanyakan adakah Ina sudah ulangkaji. Ina bosan , bosan kerana asyik menurut kata lalu dengan drastik dia kian berubah. Ulangkaji entah kemana , hal yang selalu dilakukan tidak silakukan sekerap itu lagi. Seakan-akan Ina sedang protes dengan tindakan ibu bapanya tanpa pengetahuan ibu bapanya. Akibat dari protes itu , keputusan SPM Ina jatuh merudum bagai nangka buruk jatuh ke tanah!

Seperti kebiasaan untuk orang lain juga , Ina menerima beberapa pucuk surat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke IPTS dan luar negara. Tetapi bapa Ina yang dalam mood kecewa dengan keputusan SPM Ina tidak membenarkan Ina pergi walaupun Ina mendapat tajaan dengan alasan anak kawan-kawannya mendapat tawaran IPTA yang lagi menjamin kehidupan. Bagi Ina dimana sahaja belajar tidak apa , tentang peluang kerjaya tawakkal sahaja kepada Allah s.w.t. Hari berganti hari , bulan besilih ganti Ina belum lagi melanjutkan pelajaran kemana-mana institusi. Berita tentang kawan-kawannya yang berjaya menempatkan diri di IPTA sedikit menyedihkan Ina , walaupun begitu Ina tetap menunggu. Akhirnya pada suatu hari Ina mendapat surat tawaran ke IPTA, berita itu sungguh memeranjatkan. Tetapi akhirnya bapa Ina tidak membenarkan Ina pergi kerana kursus yang ditawarkan tidak begitu bagus. Ina bingung dengan sikap bapanya , dia sering berfikir untuk keluar dari rumah kerana tidak tahan dicemuh oleh orang sekeliling. Suatu hari bapa Ina pulang dan memberikan Ina surat tawaran ke IPTS dan menyuruh Ina kesana. Ina bertambah keliru dengan sikap bapanya , kenapa tawaran-tawaran lepas ditolaknya jika pengakhiran buat Ina juga di IPTS?
Ina akur dengan keputusan bapanya dan bersedia untuk ke institusi tersebut. Ina berazam untuk belajar bersungguh-sungguh dan tidak akan bermain-main lagi. Kini dia lebih semangat dengan kehadiran seorang jejaka yang dikira boleh menegur salahnya. Ina sudah malas untuk membuat masalah dengan lelaki seperti apa yang dilakukan oleh lelaki-lelaki lepas. Dengan sedikit cekal dan semangat yang diberikan oleh si jejaka , Ina melangkah terus ke hadapan. Ina tidak mempunyai masalah untuk permulaan semester , tetapi masuk sahaja tahun dua masalah kian menimbun. Bapanya seolah-olah tidak lagi mahu menanggung pembelanjaan Ina. Ina tersepit kerana dia memerlukan wang untuk menyiapkan kertas kerja dan juga yuran tahunan kerana Ina tidak mendapat mana-mana biasiswa dari mana-mana pihak lagi.

Setiap hari kesalahan Ina dicungkil satu persatu dan dimata mereka memang ada sahaja salah Ina, Ina pelik dengan tindakan itu. Apa salah Ina? Setahu Ina dia akan cuba mengiyakan dan mengangguk sahaja apa yang disuruh. Sekali-sekala dia protes tetapi jika tindakan atau perkara yang disuruh sangat melampau.Hidup Ina semakin tidak keruan , dia sering berada di dalam situasi yang tidak sesuai untuk seorang pelajar hidup. Walau apapun salah Ina dimata , walaupun mereka tidak pernah berterima kasih untuk apa bantuan Ina hulurkan dan Ina tidak pernah mendengar kata maaf untuk kesalahan mereka dan tahniah untuk kejayaan yang Ina kecapi . Ina tetap berharap jika ditakdirkan Ina pergi dahulu nanti, dan jika ada yang bertanyakan tentang Ina, Ina berharap ibu bapanya tidak segan untuk mengatakan bahawa "Ina anak yang baik semasa hayatnya " , walaupun Ina sendiri tak pasti adakah layak dia menerima ayat sebegitu keramat.





No comments: