CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 14 April 2011

Ehh berat badan saya naik mendadak ! Kenapa ni ?

assalamualaikum... jom start bebel !

nak kata makan byk ...... X !
nak kata tidur lepas makan.......... X !

so kenapa ni.... sampai ade spare tyre bagai ....
alahai lemakku sayang.... =P

so kenapa ?

Ramai orang cuba menurunkan berat badan dengan cara tahan lapar @ skip meal
contoh x makan malam atau tidak makan tengahari. Cara ini berkesan tetapi , 
hanya untuk jangka pendek. Bila mereka mula makan mcm biasa, mereka akan mendapati berat badan 
mereka akan naik mendadak sekali !!!!

Apabila kita makan sikit, badan kita x dapat cukup nutrien. Badan kita memang diciptakan agar mampu melindungi diri kita dari bahaya terhentinya fungsi otak dan jantung. Bagi pastikan otak dan jantung kita sentiasa dilindungi, ia akan memperlahankan kadar metabolisma. Situasi ini dipanggil "Starvation Mode". Keadaan ini memaksa bukan sahaja pembakaran lemak, malah turut berlaku ialah pembakaran otot bagi menjana tenaga. Tahukan anda bahawa otot sangat penting untuk proses metabolisma. Bila otot pun terbakar, maka menurunlah kadar metabolisma badan.
 
Awas, jika badan anda mendapati nutrien tidak mencukupi, ia akan menyimpan lemak sebanyak
mungkin. Usaha anda akan jadi sia-sia malah anda akan menjadi bertambah letih dan tidak bermaya.
 
 
 
 
p/s : mengantuk !
 
 
 

No comments: